June 6, 2010

KILLERS killed me

Hello,

I tau dah agak berzaman i tak memblog ni kan tapi sekarang mood untuk menulis telah datang kembali secara halus dalam hati. Seperti post-post yang lain juga, sebenarnya tiada apa sangat yang mahu dicerita kan mahupun disebar-sebarkan tapi tak peduli, tetap nak membuat post pada kali ini. Layan je la, please.

Ok. Semalam pergi KLCC dengan menaiki LRT dari Kelana Jaya. Seriously, memang dah agak lama tidak menggunakan perkhidmatan LRT tu. So, dari perhentian Kelana Jaya pergi dengan adik, Fadzleen tapi bila tiba di KLCC, kami membawa haluan masing-masing. Seorang pergi ke arah Timur, seorang lagi ke arah Barat. Ok. I tau bunyi sangat dramatik tapi i macam suka. So, tak payah kisah ok.

Bila dah masing-masing buat hal masing-masing, i pon jalankan lah aktiviti yang memang sangat digemari. All time favourite aktiviti la katakan iaitu tak lain tak bukan Shopping ! Semua yang mengenali i dengan sangat rapat pasti tau tentang hobi i yang satu ini. Kalau tak tau tu, memang tak rapat la tu kan. I tak nak mengaku kawan dah. Eh, melampau sangat dah bunyi nya tu tapi takpe sekali sekala ber-melodramatic. Tolong lah faham, i dah lama tak mem-blog ni. So, gian nya melampau sikit. Berbalik pada aktiviti all time favourite i yang memang hot tu, dah la sekarang sale melampau, mata pun macam nak naik gila tengok semua kedai yang ada di depan mata. Tengok Topshop, kaki dah macam tak nak keluar dari kedai. Tengok pulak GAP, mulut dah ternganga macam nak bagi lalat masuk. Tengok pulak ZARA, lagi tak payah cakap, mata dah pusing-pusing macam tak nak stay put je. Sale pulak tu. Time tu Allah je lah yang tau betapa penatnya nak menahan kesabaran dan nafsu yang over ni daripada membeli apa-apa yang disukai tapi macam tak berapa nak berjaya la kerana duit telah dilaburkan kepada 2 dress yang sangat cantik. Takpe Fateen, kali ni je ok. Lain kali belajar tahan lebih kuat atau cuba pakai baju kalis shopping, ade?

Selepas menamatkan sesi mencari kedai-kedai baju, pergi pulak jalan-jalan di kedai-kedai lain walaupun tetap jugak akan melalui kedai yang menjual baju dan dress yang cantik-cantik tapi try menahan mata untuk memandang kedai-kedai tersebut. Nak tau macam mana rasa bila kena tahan mata daripada melihat kedai-kedai baju? Rasa nya seperti dibakar oleh api yang sangat marak dan kedai-kedai baju yang menarik itu ialah air yang boleh memadamkan api tersebut serta memberikan kesejukan semula. Tak ke macam parah tu? Hmm. Ok. Sambung semula, dah berjalan-jalan kononnya dalam hati kata jangan keluarkan duit untuk beli apa-apa lagi. Tiba-tiba, kaki yang sangat nakal ni berjalan di hadapan kedai favourite jugak tapi kali ni bukan kedai baju. Kali ini kaki yang memang sangat nakal ni lalu depan kedai The Body Shop. Lagi la jadi macam OMG! OMG! OMG! kan. Yes, i ni memang banyak sangat favourites ni. All time favourite la, favourite la. Macam-macam kan tapi tu memang i. Semua ade all time favourite dan favourite. Actors la, singers la, shops la, boutiques la, foods and drinks la, dan banyak lagi la untuk disenaraikan. Bila da lalu depan The Body Shop, hati jadi happy kembali. Berbunga-bunga jadinya. Suka sangat. So, mula la kaki ni menjejakkan diri dalam kedai tu. Mata pun mula melilau cari barang-barang favourite. See! Favourtie lagi kan. Memang la Fateen Dayana ni. Apabila mata mula melilau, tangan pula mula bergerak untuk mencapai barang-barang tersebut. Akhirnya, i berada jugak di kaunter The Body Shop untuk membayar shower gel dan body scrub. Haih, kesian duit-duit dalam purse. Tak dapat nak bertahan lama sangat dengan tuan kesayangan dia ni. Cepat je dah bertukar tuan.

Lepas je bayar kat kaunter The Body Shop, terus lari keluar sebab tak nak bagi mata tengok benda-benda yang menggodakan lagi. Ok, sebenarnya takde la lari. Terlebih explain je tu. Nak bagi bunyi lebih menarik. Dresses dah beli, barang-barang kat The Body Shop pun dah beli. Otak pun mula ligat memikirkan apa yang nak dibuat seterusnya. Tiba-tiba teringat iklan di TV tentang movie KILLERS. I minat Ashton Kutcher yang i rasa bole menggoda hati perempuan i ni. Ramai sungguh pelakon lelaki Hollywood yang i minat kan. Ala, who cares? I punya suka la kan. So, terus pergi beratur panjang dekat cinema untuk beli tiket wayang KILLERS. Yes, i pergi tengok wayang movie KILLERS ni seorang je sampai lelaki kat kaunter tiket tu macam tak percaya i pergi tengok seorang. Macam lifeless sungguh dah kan but i tak kisah pun sebab i happy masa tu. So, masuk la i sorang-sorang dalam panggung wayang tu. Gelak sorang-sorang, sengih sorang-sorang tapi semua tu seronok sebab cerita tu memang sangat best ok. I memang suka sangat la cerita tu. Kenapa lah Ashton Kutcher tu perlu jadi sangat handsome dan hot dalam cerita KILLERS tu?



Ok. Cerita ni sangat la menarik bagi i dengan ada lelaki se-handsome dan se-hot Ashton Kutcher ni dan juga jalan cerita yang best. Lagi menarik cerita ni bagi i bila, watak utama, Spencer ni sentiasa memanggil isterinya, Jen dengan panggilan macam, baby, honey and babe like most of the time in the story walaupun dalam saat yang sangat genting dan sangat bahaya. I sangat suka. Macam sangat mesra. Happy sungguh hati kalau dapat suami sebegitu rupa yang sentiasa memanggil i dengan panggilan-panggilan seperti itu. Ok ok, i dah tersasar jauh pulak bercerita. I mean u know a girl can dream big. So, why not kan? Jangan lupa tonton movie ini ok, kawan -kawan. Banyak betul cerita best-best this month and next month tapi sayang, masa dah tak banyak untuk i luangkan pergi tengok movie-movie best ni. Yela, Uniten in three weeks more je kan. Sedih sungguh hati ni tapi takpe i ambil ni sebagai satu benda yang positif dan tidak lupa juga, i akan menggunakan masa yang ada untuk cuba pergi tengok movie-movie best di cinema. Tak kira.

Bye.

No comments: