June 17, 2010

It's not Kung Fu Kid

Hello,

Before that, hari ini punya entry nak fully melayu ok. Nak bagitau je dahulu before baca ni kan. Eh, jap. Ayat-ayat atas tu macam bukan fully melayu kan ? Ok, senang cerita bukan fully melayu tetapi fully rojak. I ni bukan A. Samad Said yang memang superb punya teror dalam dua-dua bahasa iaiu English dan Bahasa Melayu. Jadi, entry kali ni nak rojak sedikit. Ish ! Apa benda yang i merepek sampai A. Samad Said ni kan. Serious macam buang tabiat pagi-pagi yang tak berapa nak buta dah ni. Straight to the main tittle please, Fateen Dayana (!) Karang kalau start nak layan A. Samad Said punya feeling ni, 3 hari 2 malam pon belum tentu habis ni.

So, semalam pergi melepas rindu dekat KLCC kesayangan. Sejak bila jadi kesayangan pun tak tau la. Tiba-tiba KLCC yang besar lagi gah tu dapat tempat kat hati yang tak berapa nak besar ni. Salah satu sebab nya mungkin i suka makan dekat KLCC. Haih. Makanan jugak boleh jadi alasan tapi memang betul. Makanan kat KLCC merupakan salah satu sebab i sayang KLCC tu. Fateen Dayana, tolong sedar diri sikit boleh tak yang badan ni dah mengalahkan anak gajah afrika tu. Haih. Sedih betul. Ehem, macam dah jauh tersasar daripada cerita yang hendak disampaikan. Ok. Back on the track. Main reason i pergi KLCC semalam adalah untuk melepaskan gian tengok wayang yang dah bertepu-tepu tebalnya dalam hati ni ok. Bukan gian alcohol jauh sekali dadah ye anak-anak. Cuba teka i pergi tengok movie apa (?) I pergi tengok The Karate Kid. Ala, yang ada budak lelaki 12 tahun yang sangat amat comel tu. Tak tau ke (?) Senang cerita, anak lelaki Will Smith. Nama Jaden Smith. Tak kenal jugak (?) Ok. Sekarang sila kenalkan diri anda pada Google and pergi search sendiri. Kalau tak kenal jugak Google, sila terjun dari bangunan tingkat 10 yang ada berdekatan anda.


Tadaa ! I pergi tengok movie ni la.


Movie ini sangat lah best sebab ada Xiao Dre a.k.a Jaden Smith dan jugak Mr. Han a.k.a Jakie Chan. I suka tengok budak 12 tahun yang comel ni berlatih Kung Fu. Nampak comel je. Movie ni pon i rasa agak funny sebab kalau tak, tak kan la i boleh tergelak-gelak dalam cinema macam i yang beli hall cinema tu untuk i sorang je. Sebenarnya, i ni tengah musykil daripada semalam dalam cinema lagi. I tertanya-tanya kenapa The Karate Kid tapi bukan The Kung Fu Kid (?) Ade sesiapa boleh bagi jawapan (?) Takpe lah lupakan.


Ok. Baru 12 tahun dah bercium dengan perempuan sebaya eh. Asian lagi. I rasa perempuan tu iaitu Mei Ling boleh tahan comel dia tapi lagi comel i kot. Ya Allah , Fateen Dayana (!) Sila jangan perasan melampau sangat. Cover sikit. Mei Ling ni lagi tinggi daripada Xiao Dre dan tiba-tiba membuatkan i ingat masa zaman i sekolah rendah dulu. Dating masa sekolah rendah tuu (!) Nak compare masa sekolah menengah tak boleh sebab bekas cinta monyet masa sekolah menengah semua tinggi-tinggi belaka daripada i, sampai nak tengok pon kena dongak macam nak tengok Menara Kuala Lumpur tu. Ehem, tolong jangan tanya berapa ramai bekas cinta monyet i masa sekolah menengah ok. Nama je sekolah rendah that time tapi tinggi nya macam kalahkan pokok manggis. Ok, itu macam melampau sangat la kan tapi betul, ingat balik time dating yang i lagi tinggi daripada si bekas cinta monyet tu membuatkan i senyum je sentiasa bila tengok part Xiao Dre dengan Mei Ling. Eh, i tak bercium macam diorang ok. OHMEEGEE, Fateen Dayana (!) Kenapa tiba-tiba jadi gedik and gatal melampau cerita pasal cinta-cinta monyet ni (?) Boleh buat bahan nak muntah tau tak. Sila tampar laju-laju muka mengada ni. Ape-ape pon, movie ni sangat menarik tapi i tak berniat nak paksa sesiapa tengok.

Bye.


p/s: Dulu zaman Jahilliyah.

No comments: