December 21, 2011

How i wish i can turn back time

Yes, i tau final exams dah nak dekat, indeed terlampau dekat dah and people must be like "Apa hal minah ni siap boleh bersuka ria update blog bagai kan ? PERGI STUDY LA WOII !" Sorry la but i nak jugak update blog kali ni. Nak lepas rindu kat blog yang dah lama terbengkalai ni. Kesiannya awak, wahai cik blog. Lepas ni, Insyaallah sambung balik study. 

So, as you can see from my previous post, which was about the quickly random thoughts, i memang banyak gila konon random thoughts yang cerita sedih tak nak kalah kan. Kononnya hidup i sebagai university student ni sangat menderita, menyedihkan dan melalui penuh onak duri. (Excuse my BM, please) Kalau Puan Fuziah, cikgu Bahasa Melayu i masa sekolah menengah dulu baca ni, agak-agak banyak tatabahasa dibetulkan ni and confirm sedih tengok bekas pelajar buat ayat BM tunggang terbalik. Maaf, Puan Fuziah. Saya cakap bahasa pasar je dalam kehidupan seharian, takde bahasa baku dan bahasa berlenggang lenggok ni. Hish, ni dah melampau sangat lari topic ni. Jauh tersasar daripada topic. -_________- 

Back on the track people. 'How i wish i can turn back time', "Time apa yang kau nak turn back kan ni ?" "Kau ingat kau doraemon boleh balik ke masa dulu ? Please la Didi. Wake up !" I know i'm not a doraemon or some sort of like that but ONLY IF i can turn back time, i'm seriously want to be at my highschool years back. 

I miss those moment :

#1 Bila time Sejarah dengan Sir Magandran, rasa macam seorang ayah datang masuk bilik tidur anak-anak dan menceritakan bedtime stories kepada anak-anak kesayanganya tanpa jemu walaupun dia tau some of his 'anak-anak' can't never go along with history. Sir Magandran with his motivation words to us like every single day. 

#2 Time account bila Puan Tee ajar kat depan sambil menjerit-jerit tak padan dengan badan nya yang kecik, some of the friends will ajuk balik apa yang dia cakap. I mean like they love to imitate her way of talking back then. In the annoying way, of course. 

#3 The moment where, time my group buat english oral test as i'm being the narrator sambil lagu Jai Ho by The Pussycat Doll as the background music and classmates suma nak mula menari. 

#4 I still remember the moment where Jun, my chinese friend menyanyi lagu melayu, jiwang rock kapak punya dengan Najwa dekat bilik bahasa. Kalau dengan Najwa, of course la lagu harus jiwang rock kapak tahap dewa kan. ^^

#5 Paling kelakar bila time spot check, satu kelas menggelabah since ramai classmate yang bawak phone and benda-benda yang tak sepatutnya di bawak macam DVD and so on so forth. Lagi-lagi chinese guys with their cute hairstyle. Ala-ala Korean gitu kan. Kadang-kadang kalau tengok rambut diorang dipotong depan mata, i sendiri yang macam sedih kan, "Ala, kenapa potong rambut dia yang cool tu? Nanti tak comel macam Korean guys dah." Macam over sangat pulak kan but it's true. Luckily, class i memang tempat menternak pengawas-pengawas ni kan, maka our class selalu dapat tau awal bila spot check akan dijalan kan. So cool kan. Untung kan dalam class bersepah-sepah pengawas sampai sakit mata tengok baju semua colour biru je. 

#6 Rindu melepak kat sekolah sampai petang dengan kawan-kawan sebab ada aktiviti. Kadang-kadang, pakai  baju sekolah daripada pagi sampai ke petang. Bayangkan lah haruman dia macam mana kan. Haruman dia semerbak haruman kasturi. 

#7 Kalau bosan bila cikgu ajar, keluar dua orang dua orang jumpa cikgu cakap "Cikgu, kteorang nak pergi toilet." Lepas tu, bukan ke toilet tapi tiba-tiba sampai 1 geng pergi ronda 1 sekolah macam tak pernah tawaf satu sekolah kan. Kira, dalam 5 hari sekolah tu, 5 kali la kteorang tawaf sekolah tu tapi tak kira pulak kalau sehari tu dah sampai 3 4 kali kteorang tawaf sekolah kan. Ala, zaman hingusan, biasa la kan. ^^

#8 Hobi paling digemari, kalau tau subject after rehat tu membosankan, kteorang 1 geng akan melengah-lengahkan masa masuk ke kelas kalau boleh sampai masa subject masa tu habis. Kalau tak habis lagi, kadang-kadang kteorang pergi bilik guru konon-konon nak cari mangsa iaitu guru-guru untuk beramah mesra macam tak pernah jumpa setahun lama nya. Cikgu-cikgu pulak rajin melayan. Lagi kadang-kadang sembang tak ingat dunia.

#9 Paling best bila, i, Najwa and Yong yang merupakan orang kuat Sidang Redaksi majalah sekolah, tempat lepak terbaik ialah confirm confirm la bilik sidang redaksi. Ada air cond pulak kan. Yela, duduk dalam class kipas je. PANAS BABE ! Lagi-lagi kalau time takde elektrik, kalah sauna. -_______-

#10 Time exam lagi seronok, my class sangat sangat mengamalkan sharing is caring and sharing is loving. Bagus betul budak-budak ni kan. Susah nak jumpa tau. Kalau setakat nak jawapan ni, kenyit-kenyit mata je, Straight away bagi. Kteorang siap dah belajar bahasa isyarat terbaik punya. Isyarat ape korang nak ? Tangan, kaki, kepala, rambut, tudung ? Semua ada. Heeee.

#11 Suasana time perhimpunan tiap isnin, 1 geng memang akan sentiasa duduk barisan paling depan walaupun salah seorang datang lambat. Budak-budak class pon dah tau geng kteorang memang akan duduk paling depan. So, kira macam tempat kteorang dah di reserved kan tanpa perlu bayar. Hebat kan ? Bangga jap. 


#12 I MISS HIGHSCHOOL LIFE, THE SURROUNDING AND FRIENDS


Well, kalau nak list kan semua, memang tak kan habis la kan. Sesibuk-sibuk zaman sekolah dulu pon, we still had so much fun and dulu ayat 'STRESS' pon tak pernah wujud dalam kamus hidup ni. Entah entah, kenal pon tidak. Kalau sekarang, kerja nak emo 24 jam je kan. Masalah sungguh. Haih, university life, kenapa la kau ni menyeksa kan sungguh ? Please tolerate la sikit.

2 comments:

yongsofea said...

HAR HAR. Fateen, i almost cried. Gila la semua detail kau masih ingat lagi ! HAHA! Hoyeah. bestnya ingat balik time dulu-dulu. Lagi2 masa sir Magendran. N asal kau tak masukkan pasal sir JC? Yang kita belajar addmath tercenggang susah nak mampos kecuali si najwa n nabila.hahaha . mesti lagi cool. haha

FATEEN DAYANA said...

Alolololor, don't cry. Aku serious rindu zaman sekolah. University life sgt SUSAH !! :'( Best kan igt zaman sekolah. Kalau ikt kn, mmg bnyk lg aku nk tulis tp kalau tulis suma mmg takkan habis la kan. Sir JC, rindu nya kt dia. :')