March 25, 2011

Saya gila camera

Hello,

Miss me ? Baik cakap rindu, kalau tak i merajuk 10 tahun tak bukak dah. Ok, please ignore. Oh yeah, tolong jangan salah faham dengan maksud tajuk post i untuk kali ni.


Tengok gambar kat atas ni pon boleh melonjak-lonjak macam orang kurang siuman sebab excited sangat walaupun tangan tak dapat genggam untuk jadi hak milik sendiri lagi. Hati sangat sedih sebab sampai sekarang tak dapat jadi kan hak milik sendiri lagi tapi tetap teguh sabar sebab yakin satu hari nanti mesti dapat jugak. Now, nak berhenti cakap pasal Nikon DSLR D3100 jap. Take note, SEKEJAP je okay sebab DSLR still takkan dilepaskan dari pada wishlist. Selagi tak dapat, selagi tu DSLR ni teguh dalam wishlist sehingga dapat.

Sekarang i nak cakap pasal camera jugak tapi this time not DSLR but only digital compact camera. Still camera la kan.

I macam dah jatuh cinta dengan camera pink atas ni. Comel kan comel kan comel kan ? I excited sungguh bila tengok camera ni secara live kat Sony Centre dengan adik i minggu lepas. Bila dah macam tu, teruja nak jadikan hak milik sendiri la pulak kan. Siapa tak kenal i. I memang tamak, semua nak jadikan hak milik sendiri. Benda biasa dah ni. 

Nak tau tak sejak bila i mula terjatuh cinta kat camera pink comel atas ni ? Tak kira la nak tau ke tak nak tau ke. I tetap nak bagitau bagaimana alkisahnya i boleh terangau-angau kat si comel pink atas ni. Actually, pendek je kisah bermula nya episode terjatuh cinta kat si comel pink ni. Semua gara-gara terlalu taksubnya i terhadap reality show We Got Married, KhunToria. Since i tidak pernah miss rancangan reality show We Got Married, KhunToria ni la punca nya i boleh tergila-gila kan camera comel ni. Sebabnya Victoria guna camera Sony pink comel ni jugak tapi pink dia lagi comel. Hot pink gitu ! Since then, i pon nak jugak camera pink macam tu. Even Nickhun guna pon nampak double comel sebab tambah daripada kecomelan dia dan paling penting tak nampak awkward langsung. Nak la camera comel ni, pretty please !

Ehem, nak camera pink comel ni time upcoming birthday nanti boleh tak ? Camera comel ni tak semahal DSLR pon. Murah je. Ok didi, stop hoping too much la. please la. 





p/s : Danger alert sebab i buat post ni semasa PMS teruk. Sensitif habis.

No comments: