February 23, 2010

I'm not that kind of worm who addicted to book

Honestly, i'm not in the group who label themselves as bookworm. I bukan ulat buku. Kalau ulat buku, memang dah lama score sentiasa in exams before this kan. Takpe lah, i redha. Since i've 3 months of holidays tapi sekarang dah nak sampai ke penghujungnya. Yes ! Masa sekarang ternyata berjalan begitu pantas sehingga mampu mengalahkan kelajuan Maxis Broadband i ni, mungkin juga dapat mengalahkan petir yang sambung menyambung ngeri lagaknya. Okay, berbalik pada holidays i yang diberi tempoh selama 3 bulan lamanya tetapi tempoh yang dirasakan sangat panjang itu sebenarnya tidak lah panjang mana pon. Selama holidays ini, i memikirkan apa aktiviti yang patut i buat dan dirasakan sangat berfaedah selain daripada membuat house chores yang bertimbun banyaknya, i decided to go to the bookstores. Tak kira la mana-mana bookstores tapi MPH, Kinokuniya and Borders are the favourites. So, masa awal-awal cuti tu, i went to Kinokuniya to find some interesting stuff to be read. Entah kenapa entah i jadi macam gila punya rajin nak baca buku kan. So, layan je lah kan. Poof ! I found a lot of interesting stuff to be read. Banyaknya memang tak terkira even sekarang pon tak dapat lagi beli semua nya but i'll make sure to buy all of it. Benefit pon ada, kan? So, why not?

Currently, i ketagih membaca novel-novel yang berkisahkan vampires, werewolves and segala bagai creatures anak-beranak diorang la. I rasa storyline yang ditunjukkan sangat menarik dan sangat kreatif walaupun kadang-kala dirasakan tidak logik diterima akal fikiran yang waras ini tapi tetap sahaja menjadi pilihan i untuk membaca. So, suka hati la kan. Eh, sebentar ! Gossip Girl jugak merupakan salah satu drama dan buku yang begitu digilai cuma Gossip Girl ini bukanlah berkisahkan manusia-manusia menghisap darah dan bergigi taring. Itu akan diceritakan kemudian. These are some of the books that i love and will be my all-time favourites. Sila lah baca ye. Oh, dua buah buku di bawah ini ialah buku-buku yang sedang i baca now ye.

Tidak dilupakan jugak, i pengikut setia drama The Vampire Diaries. Yes ! Cerita ini jugak sekarang telah diadaptasikan dalam drama and hero, Stefan Salvatore tersangat lah hot mengalahkan Edward Cullen yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis zaman sekarang ini sehingga ciri-cirinya yang begitu pale seperti wax dijadikan antara ciri wajib dalam list mencari bakal suami. I tertanya-tanya, ada ke manusia normal sebegitu rupa ? Jika wujud lah jejaka seperti Edward Cullen yang pale nak mati tu, mungkin satu kelebihan nya, kalau kahwin jimat duit daripada dilaburkan untuk membeli aircond kerana suhu badannya yang memang sudah mencecah tahap negatif melampau. Apabila itu terjadi, maka si isteri ni pon asyik peluk je lah kan si suami bila berhadapan dengan sang mentari yang sangat terik bahangnya sekarang ini. (Ok. Dulu aku memang minat Edward Cullen sampai tak ingat dunia tapi tidak lagi sekarang) Apa pulak lepas ini? Gigi taring, nak ? Wait ! Did i mention about his unpredictable emotion? I mean Stefan Salvatore, of course. Vampire kot. He is way too cool and he's more to brooding handsome instead of hot.

Stefan Salvatore

Oh, si abang, Damon Salvatore jugak boleh tahan rupanya yang kadang-kala i rasakan ada iras-iras si favourite, Nate Archibald (GossipGirl) yang versi agak tua sedikit di situ. Unlike Stefan, Damon is some kind of a hot to the top kind of creature in here. Seriously, he's hot.

Damon Salvatore

Heroin? Elena Gilbert jugak tidak dinafikan lagi dengan kecantikannya yang membuatkan i terpegun sebentar. Sebentar je pon but for me she's more to cute and very feminine which is i adore the most. She has a very nice and warm smile, though.

Elena Gilbert

Sebenarnya, i rasa i lebih suka storyline in the books itselves compared to the TV shows. Bukan hanya The Vampire Diaries tetapi semua pon termasuk The Twilight Saga. Storyline didalam novel lebih menarik berbanding TV shows itu sendiri tetapi i tetap tengok sambil ber'Aww-Aww' gediknya. Gedik melampau bukan? Apa boleh buat, memang diri i yang asli lagi suci sebegitu rupa.





P/S: Actually, ada banyak lagi buku-buku yang i beli and dah baca tapi mana sempat nak cerita semua kan. Currently, i read The Vampire Diaries.

No comments: